Followers

Tips Hubungan Cinta Jarak Jauh

Words of Love

 

 

 

 

 

 

 








Bukan senang untuk kita menghadapi situasi berhadapan dengan pasangan yang jauh daripada kita. Banyak masalah yang timbul dan seringkali timbulnya pergaduhan antara pasangan. Meh sini nak bagi tips sket yg akue cedok dan ubah dari mag By’u bil 10 ms 22 :

1-Selalu berfikiran positif
Bila dah duk jauh ni sure lah kita kan rasa tak senang duk mesti nak taw update si dia. Tp masing juga kena lah sentiasa positif dengan tidak memikirkan yg bukan2 apabila pasangan anda hendak keluar atau pergi mana2. Yang penting masing2 kena sentiasa jujur antara satu sama lain. Please hargai lah satu percintaan ini sebab ianya tak mudah hadir

2-Sering berhubung melalui telefon
Rajin2lah berhubung bila ada masa yang terluang. Usah berkira ttg baki kredit telefon anda. Tapi yang penting janganlah wat si dia tertunggu2 at least berikan jawapan. Lagipun fikirkan lah juga ada org yang sentiasa menanti dan memikirkan anda di satu tempat yang lain. Ambillah masa seketika walaupun sekejap untuk bertanya khabar dan berborak2 walaupun sebentar. Secara tidak langsung lepaslah rindu dan dapat lagi hubungan anda berdua

3-Kepercayaan sesama sendiri
Percayalah pada pasangan anda kerana kalau anda susah nak memberi kepercayaan, lebih baik usah bercinta. Yakin pada diri anda dan juga pasangan. Anda juga perlulah jujur dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ingat pada pasangan anda sebelum bertindak.

4.Usahakan diri untuk berjumpa walaupun sekejap
Setiap pasangan perlulah berusaha mencari setiap peluang yang ada untuk berjumpa. Selagi nyawa di badan, kudrat masih ada, sihat dan selagi ada wang, berusahalah untuk berjumpa walaupun seketika. Usaha itu penting. Sekurang2nya dapat lagi mengenal expectation pasangan setelah jumpa apa dan cuba untuk menyemarakkan lagi perhubungan.

5.Mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan
Bila dah berjauhan mulalah rasa insecure. Buang segala pemikiran negatif dan andaian yang boleh merosakkan hubungan anda berdua Tingkatkanlah kesetiaan anda pada pasangan dan jagalah hati pasangan anda agar tidak terguris. Hargailah pasangan anda kerana setiap insan mempunyai hati dan perasaan.

Kesimpulannya Senang je nak jaga cinta jarak jauh ni asalkan masing2 saling faham-memahami kerana roda sentiasa berputar sekejap di bawah sekejap di atas. Lagi satu hargai lah setiap perhubungan dan percintaan ini sebab ianya sukar sgt diperolehi dan jangan lah ia makin lama makin jauh. Biarlah jadi bak kata pepatah jauh di mata dekat di hati kannnnn..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...