Followers

Gempa Bumi Di Sumatera ? Dirasai Di Malaysia ?!

Huhuhu tengahari tadi dikejutkan dengan gempa bumi yang dirasai di tgh2 ibu kota malaysia.. mengerikan ! meh tgk2 news yg ade sket :

www.utusan.com.my

Penduduk ibu kota gempar rasai gegaran

14/06/2011 12:01pm

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.

Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 8.23 pagi.

Menurutnya, berikutan itu, bangunan seperti Menara Dion dan Kenanga di Jalan Sultan Ismail serta Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Bangsar telah diperiksa sebanyak dua kali untuk tujuan keselamatan. – Utusan

Hope xde gempa bumi yg teruk lah ye… huhuhu

cute-cat

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...