Followers

Ayah mati demi anak "What the?"

JERANTUT: “Saya anggap ayah sebagai wira kerana tindakannya cuba mempertahankan saya dan adik daripada diserang jiran yang tiba-tiba naik angin dan melibas parang ke arah kami menyebabkan nyawanya melayang,” kata Shahrudin Abdul Samad, 18, anak Abdul Samad Hassan, 58, lelaki warga emas yang maut ditetak jiran sendiri di Felda Padang Piol, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang juga peneroka, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala selepas ditetak dengan parang sepanjang 40 sentimeter manakala tangan kirinya juga hampir putus.

Menceritakan semula kejadian ngeri itu, Shahrudin yang turut cedera di perut berkata, kejadian bermula apabila adiknya yang berusia 10 tahun mengutip sebiji durian muda yang gugur di depan rumah mereka sebelum tindakan itu disedari jiran berusia 65 tahun itu.

“Jiran terbabit kemudian memarahi adik sambil mengacukan parang sebelum saya menegur perbuatannya kerana menggunakan senjata tajam terhadap kanak-kanak hanya kerana sebiji durian.

“Bagaimanapun, lelaki itu naik angin dan melibas parang ke arah saya hingga terkena perut menyebabkan saya lari bersama adik.

“Ayah yang berada dalam rumah bergegas keluar untuk meredakan keadaan, namun lelaki itu terus mengamuk dan menetak ayah berulang kali,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Jerantut, di sini.

Menurutnya, dia kemudian menjerit memanggil ibunya, Salina Ning, 48, di dalam rumah memaklumkan kejadian itu.

“Ibu kemudian memangku ayah yang berlumuran darah dan memohon bantuan orang ramai menghubungi pejabat Felda bagi mendapatkan bantuan.

“Ayah dibawa ke hospital dengan kenderaan Felda, tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Jamaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-begitulah ceritanya yg dimuatkan di dada akhbar metro baru2 nie.
-ceritanya masih kurang pasti, tp bising jugak dlm beberapa hari nie felda aku (felda padang piol @ tempat kejadian berlaku) 
-tp kang keadaan dah reda, asalkan ianya x membabitkan diri kita sendiri sudah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...